;

Friday, August 28, 2009

KELEBIHAN SOLAT TARAWIH



1. KELEBIHAN MALAM PERTAMA
-Diampuni dosa orang2 yang beriman
sebagaimana keadaannya baru dilahirkan
2. KELEBIHAN MALAM KEDUA
Diampunkan dosa orang2 yang beriman yang
mengerjajakan solat tarawih ,
serta dosa2 kedua ibu bapanya

3. KELEBIHAN MALAM KETIGA
Para malaikat di bawah 'arasy menyeru kepada
mannusia yang mengerjakansolat tarawih itu agar
meneruskan solatnya pada malam2 yang lain ,
semoga Allah akan mengampunkan dosa2 mereka

4. KELEBIHAN MALAM KEEMPAT
Orang2 yang mengerjakan solat tarawih akan
memperolehi pahala sebagaimana pahalayang
diperolehi oleh orang2 yang menbaca kitab2 taurat, zabur, injil dan
Al-Quran

5.KELEBIHAN MALAM KELIMA

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala
seumpama pahala orang yang
mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram,
Masjidil Madinah dan tanah
berdoa untuki keumpunan orang2
yang mengerjakan tarawih malam itu

6. kelebihan malam keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya
pahala seumpama pahala
malaikat2 yang bertawah di Baitul Makmur
serta setiap batu dan tanah
berdoauntuk keampunan orang2 yang
mengerjakan tarawih malam itu

7. kelebihan malam ketujuh
Seolah2 ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu
menentang musuhnya fir'aun dan hamman

8. KELEBIHAN MALAM KELAPAN
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagamana
pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s

9. KELEBIHAN MALAM KESEMBILAN
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala
dan dinaikkan mutu ibadat hambanya
seperti Nabi Muhammad s.a.w

10.KELEBIHAN MALAM KESEPULUH
Allah S.W.T menguniakankepadanya kebaikan dunia dan akhirat

11.KELEBIHAN MALAM KESEBELAS
Ia meninggal dunia di dalam keadanya kebaikkan bersih dari
dosa seperti baru dilahirkan

12. KELEBIHAN MALAM KEDUABELAS
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka
yang bercahaya-cahaya

13. KELEBIHAN MALAM KETIGABELAS
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa
dari sebarang kejahatan dan keburukan

14. KELEBIHAN MALAM KEEMPATBELAS
Malaikat2 akan datang menyaksikanmenyaksikan mereka bersolat tarawih
serta Allah S.W.T tidak akan menyesatkan meraka

15. KELEBIHAN MALAM KELIMABELAS
Semua malaikat2 yang memikul 'Arasy dan kursi akan berselawat dan
mendoakannya supaya Allah mengampunkannya

16.KELEBIHAN MALAM KEENAMBELAS
Allah S.W.T menuliskan baginya dari kalangan meraka yang
terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke syurga

17. KELEBIHAN MALAM KETUJUHBELAS
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam
ini sebanyak pahala Nabi-Nabi

18.KELEBIHAN MALAM kELAPANBELAS
Malaikat akan menyeru :wahai hamba Allahsesungguhnya Allah telah redha
denganmu dan dengan kedua ibu bapamu
(yang masih hidup @ yang sudah tiada)

19. KELEBIHAN MALAM KELAPANBELAS
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di syurga fidauh

20. KELEBIHAN MALAM KEDUAPULUH

Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang
mati syahid dan orang-orang soleh.

21. KELEBIHAN MALAM KEDUAPULUH SATU
Allah S.W.T membina untuknya sebuah mahligai
di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya

22. KELEBIHAN MALAM KEDUAPULUH DUA

Ia akan datang pada hari kiamat didalam keadaan aman dari sebanag

huru-hara pada hari tersebit.


23. KELEBIHAN MALAM KEDUAPULUH TIGA

Allah S.W.T akan menbina untuknya sebuah bandar di dalam syurga dari cahaya

24. KELEBIHAN MALAM KEDUAPULUH EMPAT

Allah S.W.T akan menbuka peluang untuk dua puluh tahun

ibadat bagi orang2 yang mengerjakan solat tarawih pada malm itu

25.KELEBIHAN MALAM KEDUAPULUH LIMA

Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya

26. KELEBIHAN MALAM KEDUAPULUH ENAM

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun

ibadat bagi orang2 yang mengerjakan solat tarawih pada malam itu

27. KELEBIHAN MALAM KEDUAPULUH TUJUH

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk

melintas titian siratul mustakin sepatas kilat

28. KELEBIHAN MALAM KEDUAPULUH LAPAN

Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. KELEBIHAN MALAM KEDUAPULUH SEMBILAN

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur

30. KELEBIHAN MALAM KETIGAPULUH

Allah S.W.T akan menberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam

terakhir dengan firmannya ( yang bermaksud) : Wahai hambaku,

makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimkan di

dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang

bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan

kepada Nabi Muahammad s.a.w yang bernama Al-kautsar

Friday, August 21, 2009

" SALAM RAMADAN DARI SAYA FAIZAL "






Disebutkan dalam al-Qur'an, bahawa Tuhan menyeru orang yang beriman agar mencapai darjat ketaqwaan. Ini kerana, orang yang beriman, belum tentu dapat mencapai darjat ketaqwaan.
Tapi, orang yang bertaqwa, sudah pastilah mereka beriman.

"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya, dan janganlah kamu mati melainkan berada dalam Islam. (Ali Imran: 102)

Juga kepada orang yang beriman itu, Allah s.w.t meminta mereka bertaqwa dengan cara menyatakan perkara yang benar walaupun pahit didengar. Ini kerana, orang yang beriman pun belum tentu dapat menyatakan perkara yang benar.

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, maka Allah memperbaiki bagi amalan-amalanmu, dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.." (Al-Ahzab: 70 - 71)
Maka, hendaklah orang-orang yang beriman itu berjuang mendapatkan tempat di martabat ketaqwaan. Ini kerana, hanya yang mampu menyatakan kebenaran itulah yang layak digelar mencapai darjat ketaqwaan.
Orang-orang yang beriman turut diseru mencapai darjat ketaqwaan dengan menyediakan amalan sebagai bekalan untuk hari akhirat mereka. Ini kerana, ramai orang beriman, tetapi seperti tidak mengendahkan amalan mereka untuk akhirat.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan segala kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar." (Al-Anfal: 29)

Kita biasa berdepan dengan kebuntuan hidup dalam kehidupan. Seolah-olahnya mereka gagal mengenal mana satu berlian dan permata, yang mana intan dan yang mana kaca. Mana yang betul dan salah.

Dan, kita seperti tidak berupaya mencari penyelesaiannya. Kenapa jadi begitu, walhal kita telah mengaku beriman kepada Tuhan? Mustahil Tuhan akan meninggalkan orang-orang yang beriman itu teraba-raba dalam mencari jawapan terhadap setiap permasalahannya itu.

Maka, jawapannya ialah - orang yang beriman yang ditimpa permasalahan tadi, masih tidak mencapai darjat ketaqwaan. Dan jika orang yang beriman itu bertaqwa, maka nescaya Tuhan menunaikan janjinya dengan cara memberikannya petunjuk.

Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmanNya, "Hai orang-orang yang beriman! Jauhi banyak berprasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan jangan kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah antara kamu suka memakan bangkai saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang." (Al Hujuraat: 12)

Perbezaan lain antara orang yang beriman dan bertaqwa itu ialah insan yang beriman itu masih lagi tidak membebas diri daripada sikap prasangka, mengumpat dan mencela saudara mereka, mencari-cari keaiban orang lain untuk dihebah.
Maka, orang yang beriman dan telah sempurna jiwanya kerana kerohaniannya melompat ke darjat ketaqwaan itu, akan bersih lidahnya daripada mengumpat dan telinganya dibersihkan daripada mendengar keaiban orang lain.
Ada banyak lagi perbezaan sikap antara orang yang beriman dan bertaqwa ini. Dan, seperti yang termaklum, amalan puasa itulah antara salah satu daripada amalan yang mampu meletakkan kerohanian seseorang ke darjat ketaqwaan jika diamalkan dengan penuh keikhlasan dan kewaspadaan.

Orang yang berpuasa, digalakkan untuk tidak mencampuri urusan mendengar keaiban orang lain, selalu menyibukkan dirinya dengan zikrullah dan wirid.

Jika semua ini tercapai, maka lahirlah sikap suka menegakkan kebenaran, menyatakan yang benar di depan pihak berkuasa, kerap muhasabah tentang bekalan akhirat dan lain-lain ciri ketaqwaan yang lain.
Puasa telah menyebabkan anggota kita letih untuk melakukan maksiat dan amalan kerohanian itulah yang akan menguatkan kembali jiwa dan raga kita untuk meneruskan kehidupan.

Amalan berwirid dan berzikir di bulan Ramadhan akan menyebabkan kita kembali kepada fitrah yang suci dan asal, jika dilakukan dengan sempurna dan ikhlas menuju rahmat Allah

Monday, July 27, 2009

gambar hari ke 3 Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi

Hari ke tiga ..........
kali saya pun tak tahu nak cakap apa tapi saje terima kasih
Majlis belia negeri perak dengan kerjasama jabatan belia & sukan negeri perak,MBD SIIM RIVER, BSMM Cabang Tanjung Malim /Slim River
dan tempat tingal Panvill pesort ,pulau pangkor perak
dan semua orang yg telibat secara langsung dan tidak langsung
1)terima kasih daun keladi
jang lupe ajak lagi......
2) mahu gugur,gugur la nangka ,jangan di
tinpa si dahan pauh,.hendak tidor .tidot la mata ,
jangan di kenang orang yang jauh......
3)orang di sayang hamba di kenang hidup dan mati
tetap di bawa,
sunguh cantik budi bahasa ,
janagan sampai di pandang hina....
jika tesalah bahasa dan kata harap di maafkan rekan ni
di tulis dari saya sendiri sesiap yg x ada gamabar dan salah nama sori tau
buah cempedak di luar pagar ,
ambik galah tolong jolokan ,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukan......
jadi mat bunga je

ni la jamuan dari kumpulan yaitu saya ,abat yg tipe ni dan acu yg
lain tolong makan je....
wajah sebenar .ni kat jeti pangkor dah nak balik ke ipoh dah saya ,urussetia abg is,din,dan raja di belakang
tem hemsem boy
saya Abg acu dan raja
jamuan dari kumpulan 2
makan atas feri nak balik ke lumut
ye dapat sijil

ketibaan tetamu VIP
majlis tangkap gambar kumpulan
ni kumpulan 2 (cemada)
bawa dari kiri :abg bat,acu, perngurusi 1belia perak,percehamah dr sg siput EN Zul dan Akak zu
atas dari kiri: saleh, jerung 1(ana) hajar ,ika(minah becok) dan saya (faizal)
gadis-gadis
dapat sijil ke
teja jadi pahlawan
persiapan raja dan faizul
ok x sy panjat
latihan macam nak ambaik hadiah
gelak abg sha tahu la modul las hajar kusuk napak i raja tengok la depan modul las tu

gambar Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi

Hari kedua........
pada 25.07.09 hari yg bes kerana hari ni kami mula
kursus macam mana buat surat.hari tu penat sangat mula modul
pukul 8 rehat 10,sambung balik 11 dan rehat pukul 1
ptg pkl 2 sampai pkl 4 ni la ruting setiap hari disana pkl 5 sukan.
ptg tu ada sukan bola tamapar kumpulan kami juara dan malam pkl 11.30 main fulsol
pulak macam man x penat lepas tu org orang x ada nak main cume saya
raja, teja,kawan dia,dan saleh.kamai pun buat keputus pergi lepak dng kawan2 lain di kedai
rupenya depe bincang pasal masjelis penutup esok balik dari kedai pkl 1.00am lepas tu kami baut latihan dulu saya jadi tukang tangkap gamabar dan gubah dng abd Acu dan budak perempuan malam tu kami tidor pukul 3 dah la semalam tidor pukul 4.30am dng din....
kursus ni bes sangat kalau ada ajak la lagi........
persiapan utk majlis pernutup pagi esok
saya dan Acu pelakon man Laksa

terima kasih pergajor
bincang di kedai makan persiapan petas esok
dah juara mandi lauat la





ye juara
tolong ombak bawa saya
bergamabar dengan urussetia dan perserte
muka kepenatan
dah juara semua oarang nak pandang
urussetia @ jurulataih bola tamapak perak pun tengok
jaga abg dah nak kalah tu
pukulan perhabisan yg menbawa kumpulan 2 juara
akak n abg Pong2,tok ketua dan raja

pasukan CEMADA juara tau lihat la kepten baju hitam tu
tungu masa nak masukan bola kat tempat lawan
banyak bagi idie tu abag sha
pembentangan kumpulan 2 (cemada)
cerah masa depan
abg Pong2 awek dari kursus HIV


Teja Saya bergambar sebelum masuk kelas
Cara nak baut surat mesti ada Logo persatuan

Program Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi di pangkor



pada 24.07.09 / 26.0709 telah di adakan

Program Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi di pangkor.

seramai 37 orang perseter dan 8 orang urussetia yg turut

dalam kursus .kursus ni sangat penting bagi seseorang yg ingain menjadi

perminpin yang cemelang dan bagai mana ingan nak jaga orang bawahanya.

bagi saya banyak saya boleh belajar macam mana ingin mengurus sesetuatu organisasi

bagi sesuatu persatuan atau pertubuhan.kursus ini mengajar kita

macam mana ingin buat kertas kejar surat kepada kermenterian dan

macam mana jadi perminpin yg diseganai dan jujur tidak berasuh untuk

menjadi perminpin.................

kursus ini perkonset satai bagi pendapat saya

seorang pepimping tidak boleh tisekat sanagt kerana seorang perminpin perlu

berfikiran jauh.....

bayak sy dapat berlajar dari kursus ...... terima kasih


Hari pertama di lumut dan pangkor


perceramah jemputan


saleh,saya,dan raja di jeti pangkor

raja dan saya bergamabar dengan burung


kumpulan 4


keluar malam cari makan selepas habais modul

kene denda kerana datang lambat

bagi burung makan
dalm feri

nak naik feri ke pangkor

di jeti lumut

Thursday, July 23, 2009

Isra' dan Mi'raj

Pengertian
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut. Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.
;

My Song~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com