;

Friday, August 28, 2009

KELEBIHAN SOLAT TARAWIH



1. KELEBIHAN MALAM PERTAMA
-Diampuni dosa orang2 yang beriman
sebagaimana keadaannya baru dilahirkan
2. KELEBIHAN MALAM KEDUA
Diampunkan dosa orang2 yang beriman yang
mengerjajakan solat tarawih ,
serta dosa2 kedua ibu bapanya

3. KELEBIHAN MALAM KETIGA
Para malaikat di bawah 'arasy menyeru kepada
mannusia yang mengerjakansolat tarawih itu agar
meneruskan solatnya pada malam2 yang lain ,
semoga Allah akan mengampunkan dosa2 mereka

4. KELEBIHAN MALAM KEEMPAT
Orang2 yang mengerjakan solat tarawih akan
memperolehi pahala sebagaimana pahalayang
diperolehi oleh orang2 yang menbaca kitab2 taurat, zabur, injil dan
Al-Quran

5.KELEBIHAN MALAM KELIMA

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala
seumpama pahala orang yang
mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram,
Masjidil Madinah dan tanah
berdoa untuki keumpunan orang2
yang mengerjakan tarawih malam itu

6. kelebihan malam keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya
pahala seumpama pahala
malaikat2 yang bertawah di Baitul Makmur
serta setiap batu dan tanah
berdoauntuk keampunan orang2 yang
mengerjakan tarawih malam itu

7. kelebihan malam ketujuh
Seolah2 ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu
menentang musuhnya fir'aun dan hamman

8. KELEBIHAN MALAM KELAPAN
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagamana
pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s

9. KELEBIHAN MALAM KESEMBILAN
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala
dan dinaikkan mutu ibadat hambanya
seperti Nabi Muhammad s.a.w

10.KELEBIHAN MALAM KESEPULUH
Allah S.W.T menguniakankepadanya kebaikan dunia dan akhirat

11.KELEBIHAN MALAM KESEBELAS
Ia meninggal dunia di dalam keadanya kebaikkan bersih dari
dosa seperti baru dilahirkan

12. KELEBIHAN MALAM KEDUABELAS
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka
yang bercahaya-cahaya

13. KELEBIHAN MALAM KETIGABELAS
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa
dari sebarang kejahatan dan keburukan

14. KELEBIHAN MALAM KEEMPATBELAS
Malaikat2 akan datang menyaksikanmenyaksikan mereka bersolat tarawih
serta Allah S.W.T tidak akan menyesatkan meraka

15. KELEBIHAN MALAM KELIMABELAS
Semua malaikat2 yang memikul 'Arasy dan kursi akan berselawat dan
mendoakannya supaya Allah mengampunkannya

16.KELEBIHAN MALAM KEENAMBELAS
Allah S.W.T menuliskan baginya dari kalangan meraka yang
terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke syurga

17. KELEBIHAN MALAM KETUJUHBELAS
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam
ini sebanyak pahala Nabi-Nabi

18.KELEBIHAN MALAM kELAPANBELAS
Malaikat akan menyeru :wahai hamba Allahsesungguhnya Allah telah redha
denganmu dan dengan kedua ibu bapamu
(yang masih hidup @ yang sudah tiada)

19. KELEBIHAN MALAM KELAPANBELAS
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di syurga fidauh

20. KELEBIHAN MALAM KEDUAPULUH

Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang
mati syahid dan orang-orang soleh.

21. KELEBIHAN MALAM KEDUAPULUH SATU
Allah S.W.T membina untuknya sebuah mahligai
di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya

22. KELEBIHAN MALAM KEDUAPULUH DUA

Ia akan datang pada hari kiamat didalam keadaan aman dari sebanag

huru-hara pada hari tersebit.


23. KELEBIHAN MALAM KEDUAPULUH TIGA

Allah S.W.T akan menbina untuknya sebuah bandar di dalam syurga dari cahaya

24. KELEBIHAN MALAM KEDUAPULUH EMPAT

Allah S.W.T akan menbuka peluang untuk dua puluh tahun

ibadat bagi orang2 yang mengerjakan solat tarawih pada malm itu

25.KELEBIHAN MALAM KEDUAPULUH LIMA

Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya

26. KELEBIHAN MALAM KEDUAPULUH ENAM

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun

ibadat bagi orang2 yang mengerjakan solat tarawih pada malam itu

27. KELEBIHAN MALAM KEDUAPULUH TUJUH

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk

melintas titian siratul mustakin sepatas kilat

28. KELEBIHAN MALAM KEDUAPULUH LAPAN

Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. KELEBIHAN MALAM KEDUAPULUH SEMBILAN

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur

30. KELEBIHAN MALAM KETIGAPULUH

Allah S.W.T akan menberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam

terakhir dengan firmannya ( yang bermaksud) : Wahai hambaku,

makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimkan di

dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang

bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan

kepada Nabi Muahammad s.a.w yang bernama Al-kautsar

Friday, August 21, 2009

" SALAM RAMADAN DARI SAYA FAIZAL "






Disebutkan dalam al-Qur'an, bahawa Tuhan menyeru orang yang beriman agar mencapai darjat ketaqwaan. Ini kerana, orang yang beriman, belum tentu dapat mencapai darjat ketaqwaan.
Tapi, orang yang bertaqwa, sudah pastilah mereka beriman.

"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya, dan janganlah kamu mati melainkan berada dalam Islam. (Ali Imran: 102)

Juga kepada orang yang beriman itu, Allah s.w.t meminta mereka bertaqwa dengan cara menyatakan perkara yang benar walaupun pahit didengar. Ini kerana, orang yang beriman pun belum tentu dapat menyatakan perkara yang benar.

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, maka Allah memperbaiki bagi amalan-amalanmu, dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.." (Al-Ahzab: 70 - 71)
Maka, hendaklah orang-orang yang beriman itu berjuang mendapatkan tempat di martabat ketaqwaan. Ini kerana, hanya yang mampu menyatakan kebenaran itulah yang layak digelar mencapai darjat ketaqwaan.
Orang-orang yang beriman turut diseru mencapai darjat ketaqwaan dengan menyediakan amalan sebagai bekalan untuk hari akhirat mereka. Ini kerana, ramai orang beriman, tetapi seperti tidak mengendahkan amalan mereka untuk akhirat.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan segala kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar." (Al-Anfal: 29)

Kita biasa berdepan dengan kebuntuan hidup dalam kehidupan. Seolah-olahnya mereka gagal mengenal mana satu berlian dan permata, yang mana intan dan yang mana kaca. Mana yang betul dan salah.

Dan, kita seperti tidak berupaya mencari penyelesaiannya. Kenapa jadi begitu, walhal kita telah mengaku beriman kepada Tuhan? Mustahil Tuhan akan meninggalkan orang-orang yang beriman itu teraba-raba dalam mencari jawapan terhadap setiap permasalahannya itu.

Maka, jawapannya ialah - orang yang beriman yang ditimpa permasalahan tadi, masih tidak mencapai darjat ketaqwaan. Dan jika orang yang beriman itu bertaqwa, maka nescaya Tuhan menunaikan janjinya dengan cara memberikannya petunjuk.

Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmanNya, "Hai orang-orang yang beriman! Jauhi banyak berprasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan jangan kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah antara kamu suka memakan bangkai saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang." (Al Hujuraat: 12)

Perbezaan lain antara orang yang beriman dan bertaqwa itu ialah insan yang beriman itu masih lagi tidak membebas diri daripada sikap prasangka, mengumpat dan mencela saudara mereka, mencari-cari keaiban orang lain untuk dihebah.
Maka, orang yang beriman dan telah sempurna jiwanya kerana kerohaniannya melompat ke darjat ketaqwaan itu, akan bersih lidahnya daripada mengumpat dan telinganya dibersihkan daripada mendengar keaiban orang lain.
Ada banyak lagi perbezaan sikap antara orang yang beriman dan bertaqwa ini. Dan, seperti yang termaklum, amalan puasa itulah antara salah satu daripada amalan yang mampu meletakkan kerohanian seseorang ke darjat ketaqwaan jika diamalkan dengan penuh keikhlasan dan kewaspadaan.

Orang yang berpuasa, digalakkan untuk tidak mencampuri urusan mendengar keaiban orang lain, selalu menyibukkan dirinya dengan zikrullah dan wirid.

Jika semua ini tercapai, maka lahirlah sikap suka menegakkan kebenaran, menyatakan yang benar di depan pihak berkuasa, kerap muhasabah tentang bekalan akhirat dan lain-lain ciri ketaqwaan yang lain.
Puasa telah menyebabkan anggota kita letih untuk melakukan maksiat dan amalan kerohanian itulah yang akan menguatkan kembali jiwa dan raga kita untuk meneruskan kehidupan.

Amalan berwirid dan berzikir di bulan Ramadhan akan menyebabkan kita kembali kepada fitrah yang suci dan asal, jika dilakukan dengan sempurna dan ikhlas menuju rahmat Allah
;

My Song~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com