;

Tuesday, December 29, 2009

JELAJAH DENAI RAJA ASAL DAN MAT KILAU DARI PERAK (POS BERSIH) KE PAHANG (RAUB LATAR LEMBIT)

Pada 25-27.12.09 telah di adakan xtvt JELAJAH DENAI RAJA ASAL DAN MAT KILAU DARI PERAK (POS BERSIH) KE PAHANG (RAUB ,LATAR LEMBIT)
seramai 300 lebih orang perseter turut menyertai xtvt in dan temasuk pemandu arah, Smat,Rela,belia kampung slim vilis dan Hospital

aku dan raja di latar lembait di pahangsuasana di atas butik di batu gajah
sudah sampai di pos batu

nak p mandi sg di latar lembit
acap bersilat tapi hari ni kene jd BSMM
Bomba
cantik bertul suasana di pokok buluh ni
permadangan dari pos bersihni la permula pendakian
ni la sungai yang kami mandi di pahang
dan nama tempat ni latar lembit
saya berdiri di batu hidang
dan di belakang sy dalam 500m batu gajah
jom yg letih baru sampai ke latar lembik di raub pahang
laju tu pikah
dari kiri:wan,pikah,keman dan kk
saya dan raja di kemah BSMM di kampung lintah (perak)
Ni la muka Ahli BSMM cabang Tanjung malim / Slim River

SUKAN BELIA FELDA DI FELDA JAYA

Pada 5.12.2009 Felda wilayah terolak telah menbuat sukan
felda. 25 buah felda yang menjadi tulang belakang wilayah terolak iaitu dari felda serhotor ,gedangsa samapat lah gerik ,parit buntar ,selama dan lain lagi telah berkumpul di Felda jaya.banyak sukan yang dipetandingkan contohnya:
bola sepak,kompang, nasyid dan lain-lain lagi.......
pada malam 25.12.09 telah di adakan from perdana dan
turut hadir kumpulan UNIC dan Ina Naim.




kumpulan UNIC sedang menbaca Doa sebelum
memulakan nasyid
aku dapat temapat Pertama hadia dan duit Rm 100
Wan dapat tempat ke 3 hadia dan duit Rm50
aku bersemangat untuk samapai ke atas
permula yang bagus aku dapat naik ke atas
dalam masa 9 saat lebih
wan tamat dalam masa 11 saat lebih

Sambutan Hari Raya Korban Di SG. Behrang


besar x lembu ni tahun ni jan aku ada korban sampai 5 ekor tapi buat dr
raya pertama hingga raya keempat tapi sebelum solat zohor pun dan belum samapi solat
asar pun .Kalau di jumlahkan korban di kamapung aku dan di masjid ada la samapai 15 ekor je

sedang di jatuhkan dan di ikat
pisau........................
selamat di korbankan
Baju biru tu Ayah wan kawan Baik ku

Patong tu elok2 nati terpotong
tanagan pulak


Yang tengah potong tu pakdank ku n yang tengah timbang tu yang pakai baju belang tu ayah ku

Sunday, December 27, 2009

Care Menuntut Ilmu Perlu Ikhlas Kerana Allah


ADAB menuntut ilmu hendaklah ikhlas dan diniatkan dalam hati kerana Allah. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran, kedudukan atau ingin menjadi orang dipandang, maka Rasulullah SAW memberi peringatan.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa menuntut ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata benda dunia, ia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)


Jika ada yang berhajat menuntut ilmu untuk mendapatkan syahadah (sarjana muda atau doktor falsafah) kerana menjadi peraturan yang tertulis hanya mereka yang memiliki pendidikan tinggi boleh menyampaikan atau mengajar ilmu, niat itu termasuk dalam niat yang benar.

Menuntut ilmu dengan niat untuk menghilangkan kebodohan diri dan selepas memiliki ilmu kita harus mengajarkan kepada orang lain untuk menghilang kebodohan daripada diri mereka. Mengajarkan kepada orang lain itu dengan pelbagai cara membolehkan orang lain mendapat manfaat ilmu kita.

Apakah disyaratkan untuk memberi manfaat kepada orang lain kita perlu duduk di masjid atau memberi manfaat dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawapan yang benar adalah yang kedua kerana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sampaikanlah dariku walaupun cuma satu ayat.” (Hadis riwayat Bukhari)

Imam Ahmad berkata: “Ilmu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Muridnya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu? Beliau menjawab: ia berniat menghilangkan kebodohan daripada dirinya dan orang lain.”

Menjadi keharusan bagi penuntut ilmu berniat menuntut ilmu untuk membela syariat kerana kedudukan syariat sama dengan pedang jika tidak ada seseorang menggunakannya ia tidak bererti.

Penuntut ilmu harus membela agamanya daripada hal yang menyimpang daripada agama. Perkara itu hanya boleh dilakukan jika seseorang itu memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk al-Quran dan as-Sunnah.

Apabila ada perbezaan pendapat, hendaknya penuntut ilmu menerima perbezaan itu dengan lapang dada selama perbezaan itu pada persoalan ijtihad, bukan akidah kerana persoalan akidah adalah masalah yang tidak ada perbezaan pendapat di kalangan salaf.

Berbeza dalam masalah ijtihad, perbezaan pendapat sudah ada sejak zaman sahabat, bahkan pada masa Rasulullah SAW masih hidup tetapi jangan sampai menghina atau menjelekkan orang lain yang kebetulan berbeza pendapat dengan kita.

Mengamalkan ilmu yang diperoleh termasuk adab terpenting bagi penuntut ilmu kerana amal adalah buah daripada ilmu, baik akidah, ibadah, akhlak mahupun muamalah. Orang yang memiliki ilmu seperti orang memiliki senjata yang tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan).

Kebenaran dan sabar termasuk adab paling penting bagi kita sebagai penuntut ilmu. Mencari kebenaran daripada berita yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah hadis misalnya, kita harus meneliti lebih dulu kesahihan hadis itu.

Jika menemui bukti bahawa hadis itu sahih, berusaha lagi mencari makna (pengertian) hadis itu.
;

My Song~


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com